Khamis, 24 Disember 2009

Detik 12 malam

bukan tahun baru k...
nad tengah nak tunggu
detik2 nak menjangkau usia ke 25 tahun
tepat 00:00 (25/12/84)

ape lah incik syafa nak bagi nanti yer
untuk besday taun ni hehe..
tak berharap pun (( tipu ..k haha))
setaun sekali kan...

tapi inilah hadiah tercomel nad taun ni :)
tak ade terdapat di mana-mana kedai or shooping2 k

Selasa, 22 Disember 2009

Teristimewa


hari ni dah 22hb dis..tinggal 3 hari lagi nak 25hb..

yang pastinya 25hb dis 2009 ni takkan ada entri dari nad
sebab tu nak cite awal2..ape istimewanya 25hb ni buat nad tahun ni

ape yang speselll sgt??

1. nad dah pon habis tempoh berpantang selama 44 hari..
maknenye takdela nak bertungku2 lagi.takde dah nak pakai2 stokin..tapi yang paling penting..boleh dah balik bukit jalil...wahhh seronoknye..bukan tak seronok dok ngan mak n ayah ni seronok..heaven k..adam meragam pon ade gak orang tolong jaga..nanti da boleh bukit jalil..pandai2 la nak handle sendiri adam tu..tapi yang seronoknye nak balik..sebab dapat tengok suami tersayang depan mata hari2..takde dah..nak tunggu ari sabtu baru dapat tengok muke die..tersiksa jiwa raga dibuatnye..takde dah drama air mata tiap ujung minggu hehe.. ;)

2.salah satu hari istimewa buat nad...
tarikh ini lah nad lahir di dunia ni..dan usia meningkat 25tahun .
dalam usia 25 tahun ni
macam2 peristiwa besar yang menggembirakan dalam hidup nad..

14hb 2,2009 -
nad dah sah jadi isteri kepada mohd syafarizan..setelah macam2 dugaan yang
kami tempuhi.selama 5tahun bergelar kekasih..Alhamdulillah..perkahwinan ni
betul2 buat nad happy..dan syukur nad di kurniakan pasangan yang terbaik
buat diri nad,sentiasa memahami dan menerima diri nad apa adanya

20hb 2,2009 -

upsss...gamba patung sensored sudahh

buat pertama kalinya nad ke luar negara (yerla sebelum kahwin mane mampu
nak gi melancong2 ni..)tu pon ke bandung,indonesia untuk honeymun...terima
kasih buat suami tercinta..lepas jugak nad ke bandung..kalo tak,takdela..

19hb 3,2009-
nad dapat berita gembira..yang paling gembira incik syafa la time tu ..nad sah
mengandung..dan bakal jadi mama n babah..perasaan nad time tu..blurr..sebab
bukan plan pon untuk mengandung..tapi bersedia atau tak..nad kene mula
bersedia untuk jadi mama yang terbaik buat anak yang akan lahir ni..dan
bermula dari hari tu..nad sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kandungan nad

10hb 11,2009-
adam 42hari

tarikh ni nad lahirkan seorang khalifah Allah di dunia ni..detik ni tak tergambar
perasaan di hati nad..sayu,gembira..macam2 perasan bercampur baur di kala itu
"Hanya Tuhan Yang Tahu".nad dah pun jadi mama buat insan bernama
"Muhammad Adam Fariz Bin Mohd Syafarizan''
Alhamdulillah,kehadirannya banyak buat perubahan dalam hidup kami sekeluarga..

syukur alhamdulillah..banyak yang nad kecapi sebelum umur nad 25 tahun..

buat hubby lovey..semua ini adalah hadiah terindah buat diri ni.tapi hadiah yang paling terindah adalah adanya abang di sisi..ayang akan jadi yang terbaik untuk abang dan anak kita.

buat mak dan ayah...terima kasih dah membesarkan anakmu ini dengan penuh kasih sayang...

buat adam..mama cube jadi ibu yang terbaik untukmu

Jumaat, 18 Disember 2009

senyum tu kan satu senaman muke

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu ..
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya..
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... ..... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya..
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok..
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Salam Maal Hijrah

MA'AL HIJRAH 1430


Doa Akhir Tahun 1430H & Doa Awal Tahun 1431H


Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah –
KHAMIS - 17 DISEMBER 2009)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
(
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib – KHAMIS – 17 DISEMBER 2009)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




MUHARAM
adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.

Peristiwa-peristiwa penting:



1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.





Khamis, 17 Disember 2009

Bicara sang suami

Perempuan bagaikan angin… Lembutnya melenakan… ributnya menggusarkan…

Adakalanya mereka seperti ibu… menyaji kasih, menghidang sayang…
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakan…
Adakalanya mereka seperti nenek… berleter seadanya, merungut semahunya…

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini…
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka…

Pssttt…
Tiba-tiba isteri merajuk… pandai-pandailah memujuk…
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya…
teliti dengan hati yang terseni… rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu… jangan cuba dihadapkan secara rasional…
kerana si dia tak akan terdaya… mengunyah hujan,
berilah walau seribu sebab…
lengkap dengan perangkaan statistik… atau dokumen saintifik…
beserta dengan beberapa affidavid…
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu…

Dalam siuasi ini… fikiran telah ditawan perasaan… sebaiknya, perhaluskan kata,
perindahkan bahasa, jinakkan perasaan, hadiahkan seyuman….

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian......

Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda… emosi isteri… bagai riak-riak air dalam cawan…
Jangan digongcang…. Buat selamba… lambat laun gelombang akan tenang…
Air dicawan akan kita minum jua…

Tapi awas…
Kalau ternyata rajuknya berfakta… masamnya berdata… geramnya berilmiah…
marahnya ada prima facie… ini rajuk taraf tinggi namanya….
Perlu ditangani berhati-hati… kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima…
mengaku lalu berjanji serta berikrar “Sayang abang tak ulang lagi.”
Katakan “ Sayang… abang alpa”
Bisikkan “ Darling… I lupa...”
Hulurkan tangan… minta kemaafan…
Pendekatan kasanova … tapi hati suci…

Rajuk isteri seperti mangga muda… perisanya masam…
Tetapi….
Kalau kena cicahnya… enaknya yang terasa…
Ingat api yang panas, padamkan dengan salji yang dingin…

Arghhh…
Tiba-tiba isteri merungut…
Malah kadang kala agak mengugut… minta aksesori atau perabot…
Minta villa yang tersergam indah… atau mahligai di lerang bukit…
Sedangkan kita bukan Shah Jehan… yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya….
Tetapi isteri pula persisi Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya…
Katanya “Seabadi permata… segemerlapan intan…”
Sedangkan ditangan kita hanya cincin tembaga…

Aduh…
Peritnya mengukur cinta… dalam ukuran mayam atau menimbang setia…
Menerusi Bursa Saham papan utama…
Kasih isteri, turun naik…
Mengikut kadar tukaran asing…

Tiada guna menyesali diri… diakan dulu pilihan kita?
Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji….
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita…
Sudah takdir…
Permata yang dipilih, perlu digilap semula…

Namun,
Putus asa jangan sekali… terimalah dia, dengan redha…
Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami…
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok….
Luruskan dengan berhati-hati… bertegas tapi jangan berkeras… Lembut tapi jangan reput…

Katakana RM bukan segala-galanya…
Lalu pada saat yang kudus… setelah bersolat bersama…..
Bisikkanlah “Duhai isteriku… marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati…
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci,
mari kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya…
padamu isteri… istanamu, di hati ini…
padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini…”

Puuuh…
Akan tiba masanya apabila isteri dihati… tapi kurang dimata…
Usia meningkat, kecantikan tergugat…
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus…
Betis, tidak lagi bunting padi…
Pipi, bukan lagi pauh dilayang…
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita…
Selama ini cinta dimata bertapak di body…
Tapi jika cinta tetap kekal… malah semakin bertambah…
Ertinya cinta kita dihati, berpasak di budi…
Itulah cinta sejati…

Namun tidak salah…
Di samping menyanjung budi… kita merampingkan body,
Kalau ada kesempatan… ajaklah dia bersenam… amalkan puasa sunat…
Tapi ingat niat kerana Tuhan… bukan kerana ingin kuruskan badan…
Tapi Tuhan Maha Penyayang…
Dia sentiasa membantu isteri yang ingin keredhaan suami…
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecerdasan…
Sama-samalah merampingkan badan…
Yang terlebih dikurangkan… jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh...
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan…

Bukan masanya lagi merenung dara…
Tapi kini saat menghitung dosa..
Lalu ajaklah isteri menambah bakti…
Moga-moga cinta kita hingga ke hujung usia…
Di dunia ini dan di akhirat nanti…
Itulah yang dikatakan…
Hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama…

Uuuhhhhhh…
Kekadang isteri mengamuk…
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu…

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
Kekadang disergahnya kita…
Ketika keringat masih membasah…
Baru menjengah pintu rumah…

Ketika itu nilailah diri…
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan…
Atau bersalah dengan insan…
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan, yang telah kita lakukan…
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan…
Secara ‘indirect’ dari Tuhan…
Hadapkanlah diri ke cermin hati…
Kalau liar, berhentilah…
Kalau berdosa, bertaubatlah…

Sebaliknya, jika ternyata isteri yang melulu…
Nasihatkanlah baik-baik…
Bukan senang nak senang…
Ingatlah mastika dalam kitab-kitab tua…
Suami yang sabar dengan isteri yang jahat…
Akan mendapat pahala Nabi Ayub…
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khatab…
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri…

“Bersabarlah kerana isteri telah banyak membantu kita…
Dia yang menyelamatkan kita dari amukan nafsu…
Dia yang membantu menjaga makan minim kita…
Dia yang mencuci kain baju kita…
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya…?”

Marilah sama-sama kita tabur sedikit salji pada segengam api…
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan…
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini…
Walaupun sudah berdekat-dekat lamanya…
Institusi ini adalah kubu terakhir kita…
Marilah kita pertahankan bersama si dia…
Si diaku, si diamu…
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber…
Biar setia kita makin waja…
Biarlah skrin-skrin internet atau internet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri rumahtangga kita…

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan…
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad lahir isteri…
Atau kad ulang tahun perkahwinan…
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja dihalaman hatimu pada malam nanti…
Aku hanya seorang suami…
Yang menerima setulus hati seorang isteri…
Janji yang termeterai…
Di akad nikah kita musim yang lalu…
Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur…
Bersamalah kita harungi derita yang datang…
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang…
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata…
Biar kita rasa
Rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya…

Isteri…
Tidak ku tagih setia, sesetia Hawa…
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam…
Terimalah kehadiranku…
Di sudut tersuci di dalam hatimu…
SEORANG ISTERI….


Jumaat, 11 Disember 2009

pandai mengadu dah..dak kenit ni


adam yg semakin gembol..

adam sekarang jadual pribadinya
dah berubah
kalo dulu tido nye
time siang
takkan bangun2 sampai ke maghrib..
bia lah..bunyi bom meletup pon..tido tetap tido
tapi skang pukul 1pm die dah bangun sampai petang

malam die da tdo cam biase..

cume 2 jam sekali bangun tu biaselah..mintak susu

malam tadi dalam pukul 4
die bangun kot mintak susu
lame gak la..
die bg signal agaknye
sampai suara die masuk dalam mimpi nad haha
"Uh Eh Uh Eh"
dalam pukul 4.20 pagi baru nad sedar..
die nampak je nad bangun terus muke die sedih..

nad amik die kasi susu terus...
kesiannya anak mama dalam hati

ade kot dalam 2 minit..lepas die hilangkan lapa die

die wat suare menagis macam mengadu..tak kuat.. cume macam menangis mengadu..."nape mama bangun lambat sgt??..adam lapa.."
nad cakap ngan die..sorry sgt sayang..mama tak sedar..hehe kesian anak mama.. sambil nad usap2 kepala die...
baru die sambung isap susu balik


pastu tido2kan die..tak gak tdo2..sampai kol 5pagi
pukul 5 mak nad pon masuk tengok cucu nya..
mak nad tegur je die...
bukan main lagi die borak
macam bunyi mengadu pun ade..
nad cakap ngan die..ouh ngadu ngan wan ye mama bagi susu lambat
pastu die gelak2..sambung lagi borak dengan wan nye..
ntah ape die nak cakap pon tatau la..bising betul mulut die hehe

ini baru sebulan..da pandai nak ajak borak2..gelak2 bagai

besok kalau da pandai becakap..mau becok mulut adam ni
mane tumpah nye kuah kalo tak ke nasi kan haha..

((mulut sape..mulut nad la kihkih..
kalo mulut babah nye diam je..tak banyak cakap pun))


babahnye pon rajin gak beborak2 ngan adam ni
macam paham plak tu..
siap ketawa,senyum simpul kadang2..

hilang penat tak cukup tido malam tadi..
dek hepi nye nad tengok die beborak hehe..

time nad dok menaip blog ni die tengah tido

jap lagi die bangunla mintak susu..

sempatlah nad bertungku,berbengkung semua dulu
sementara nak tunggu die bangun die bangun ni confirm tamo tido dah tu.. sure kene ajak borak..
tengok tv pon da pandai..
kalo tengok discovery channel tu
tak begerak mate die tengok binatang2 tu
tapi kalo cite lain die wat tak layan je plak..

besok dah balik bukit jalil senang
pasangkan je channel tu..
tak pun TVIQ
kasi die tengok..biar minda die berkembang dengan baik besok

babah nak balik sini..hehe adam tak saba nak jumpe babah ni

((padahal mama die yang lebey wahaha))

pesanan untuk babah : beli pampers adam ye..syg.jgn lupe ok.. :)

Khamis, 10 Disember 2009

ku ingatkan swimming pool..rupe2nye..

mama..adam kene mandi gak ke lam swimming pool ni?
uishh..sejuknye nii...besok mandi boleh..hehe :P

ini la swimming pool adam...huhu besen pool..ok pe

mule2 mesti la boh syampoo kat rambut..
walaupon rambut saya di kala ini cume sejemput..
saye kene selalu menjaganye dengan baik..supaye nampak encem selalu

tetibe sensored plak saye huhu..best taw mandi lam swimming pool
kat umah atuk n wan saye ni..
mau syampoo badan plak..sebab tadi saye dah muchuk mama saye kate
so kene mandi betul2..nanti badan bersih dan wangi..


perghh..heaven betul mandi cam gini..
ala2 swimming pool gituw

mama saye tukang amik gambo je...
mama saye tak pandai lagi mandikan saye
hari2 wan yang mandikan saye pagi dan petang..
mama tak berani katanya..mungkin besok die akan cube mandikan saye
doakan saya selamat2 aje di tangan mama saya hehe :P

pejam celik..sekejap je kan

pejam celik dah sebulan pun usia adam
ari ni nad dah bawak gi klinik kesihatan kat kg nad ni
berat die skang : 4.1kg
ketinggian : 54cm
ari ni patutnye adam kene injection hepatitis B
tapi di sebab kan nad nak bawak adam ke private clinic
so tunggu 2 bulan la baru dapat injection yang tu..

doc just tengok perkembangan die
check tindak balas die
tulang badan,kaki,tangan,perut

selama ari ni kalo injecion ke,amik darah tak nanges pon
ari ni tah tetibe je die nangis..kuat betul bunyinye..huhu
macam kene inject je..padahal takde pon..kihkih..
adam..adam

adam 1month


mama adam nak nyemak sekali dalam ini gamba haha
nak tau pesal nad tamo begamba dr start mengandung sampai adam da satu bulan
nad alami pigmentasi yang teruk kat leher xspecially..
muke pon kene gak..pendek kate..kulit nad jadi gelap la huhu..
badan plak jadi gumuk cam ala2 beruang panda haha..
skang pon masih ade lagi pigmentasi tu..cume da bekurangan
nak cite gak..nad da hilang 13kg buat mase ni
ade lagi 17kg untuk di hilangkan lagi..
tatau la boleh ke tak..tapi boleh wat azam tahun baru tu huhu

perkembangan adam??
skang dah ade pekataan2 yang nad dah dpt kesan..
kalo lapa die akan sebut "ingge"
kalo die dengan pak sedaranye..kalo die sebut "ma"
sile cepat2 anto kat nad..takut die menangis kuat2 huhu..
tatau la die panggil nad ke ape..tapi da sampai kat nad je die senyap
die cepat kenal org la nad rase...haishh ini da besa sket ni
mau tamo kat org..siap mate die tinjau dulu..tengok die duduk ngan sape..
susu pon dah minum 2auns setengah kalo sekali sedut..belum masuk susu cap gantung kihkih

badan adam cepat tegap..tatau la kesan dr nad makan2 sumplement
time mengandung kot..agaknyela..

nota kaki :bg ibu2 mengandung..amalkn pemakanan yg sihat
kalau boleh amalkan makan kurma,kismis setiap hari...untuk minda baby
susu untuk kalsium,madu untuk antibodi
sebab perkembangan baby harus di jaga dari dalam kandungan lagi

Selasa, 8 Disember 2009

GEMPAR!! ayat Al-Quran pada kulit bayi

[Surah An-Nisaa-ayat 174]
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).”



Ayat al-Quran pada kulit bayi



SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.



MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.



SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev..

Isnin, 7 Disember 2009

cari perut lain

Nikmat Kasih Sayang

Allah Anugerahkan. ...!!
Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai
isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti
banyak perkara. Ada-ada
saja aduan atau kritikan yang dilemparkan -
selalunya mengenai
tanggungjawab kamilah.

Dia akan menyalahkan
saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun
saya bangga memiliki
anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada
juga rasa tersinggung
dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau
perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung.
Kalau perlu 'mengugut'
dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala
ketawa besar saya dan
suami dibuatnya.

Saya dan suami perlu
bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu
menggunakan idea logik
untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala
menggelikan hati - hujah
seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum
dengannya ialah sikapnya yang
akan meminta maaf
apabila hatinya puas
berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
minta maaf sambil ketawa
dan akan meminta maaf dengan lebih
sempurna
beberapa ketika
kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru
selesai
solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil.
Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang
akan
dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan
telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya

bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal,
terus menekup
mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya
pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya
dan berkata "Tak
apalah..h..h. ...

Adik boleh usaha
lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti
abah dan
mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik
belajar tak
pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam
mana?" suami saya cuba
memujuk dengan suara
lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi,"
kata Adik
masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku
aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang
ajalah!" saya
menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti,
marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk
berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli
ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung
bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba
jadi kaya macam
bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung
bulan."

Saya berpinar
mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik
hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini
mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya
terus
berbisik.

"Adik...... tak baik cakap macam tu dengan abah!"
saya berkata
perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk
perut mak lain. Adik masuk perut
mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung
bulan," dia terus bersuara
sambil menangis
teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu
seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah.
Begitu mudah
seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap
kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"
saya
bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang
takdir dan
nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada
dan qadar
lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik.
Saya
mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan
tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak
mak..." saya
mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya.
Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran
seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut
mak yang kaya, ada
yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih- Sayang ," kata
saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan
takkan
dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar
bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah
anugerah
Tuhan
kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih.
Adik juga
begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia

takkan
memahaminya.

"Kerana Kasih-
Sayang lah Adik lahir dan
kerana Kasih- Sayang juga

kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah

Adik dengan Kasih- Sayang .
Adik tak besar dengan
duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi
saya. Air
mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya
nampak suami
tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli
buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR."
katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan
saya dan
ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan
malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata
saya
meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak
itu...
- terharu
sungguh..... ..!!

Begitulah indahnya dan
hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis
Qudsi,

Allah
sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>
kalau
tidak kerana Kasih-
Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan
Dunia
ini........"

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat
makan nasi tanpa kuah
dan lauk

" wahai tuhan ku, aku tak
layak
kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu.. ......., kami lah
hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang
bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa
semua
umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia "

Sabtu, 5 Disember 2009

kisah beranak

erh..ari ni ari sabtu rupenye...
aw..aw..incik syafa balik ari ni...yes!
agak2 burger prosperity leh dapat tak...
((hope die belikan..kalo tak ai melalak lam bilik haha))


korang penah tak tengok kucing beranak??
mesti tak penah kan..
kalo hubby tengok wifey banak dah pekara bese kan skang

kalo kucing mesti jarang2 korang dapat tengok kan..


ai penah tengok kucing beranak
free show lagi..
kitorang adik beradik dok tengok ramai2 haha..

mak dah pesan jgn tengok..
tapi masing2 degil nak tengok gak

kucing ai tu dah arwah da skang..

yang tinggal cume cicit2 nye saje
korang tau ape akibat tengok kucing banak..
akibatnya kitorang kene kejo ngan mak kucing tu keliling rumah
tak cukup tanah nak lari...
garang kemain lagi mak kucing tuh
padahal baru banak kan seko..
masih ade lagi anak2 yg lain lam pewot die

bedarah2 pon sebok nak kejo kitorang


last2 di sebabkan kitorang sume
buat larian marathon..
so mak kucing yang belum habis banak tu

kehilangan tenaga nak kejo..so die redho je
gi sambung beranak balik haha kitorang pon sambung lagi tengokk

perghhh geli...gileww
die makan balik yang macam kantung tu..
yerkkkk
seminggu ai dok tebayang2 die makan mende alah tu
((korang pon bayangkanla sekali haha..))
pastu die jilat2 anak die yang masih berdarah tu

dah besih sume..die gigit leher anak die
ai ingat die nak makan balik anak die.. agak2 la ko mak kucing..kot lapa pon kan..
takkan nak mamam anak sendirik..

kitorang peratikan je ape die nak buat..
rupe2nye die nak alihkan anak die kat tempat persembunyian
tamo kasi org tengok..
perghh sombong betul
nak tengok anak die pon tak ley...

disebabkan kitorang tengok die banak..
asal nak dekat je..die marah..kua taring lagi..

haishh...garang tol mak kucing tu
ai cucuk2 taring kucing tu ngan batang penyapu haha..

pedulik ape ai
geram betoll nak tengok anak2 die yang kiut2 tu pon tak ley
last2 da beso baru kitorang leh tengok..


mak die da tak garang dah..
anak die plak garang kemainn

rase nak lesingkan je pakai siku..
((tipu..ai tak lesing..ai ketuk2 pale die ngan surat khaba haha))
time mak die takde je la

hehe
nakal kan ai mase kecik..
tapi tula org kate pengalaman

korang penah ke ade pengalaman camni??
takde kan..
((adam jangan buat macam mama buat eh..tak bagus :)))

ini salah sekor cicit mak kucing tu ..comel kan..
posing pon ala2 modelll gituww...awww

Jumaat, 4 Disember 2009

sejak bergelar ibu

sejak bergelar ibu dan tengah menjalani sesi berpantang-pantangan
aktiviti harian bermula dari seawal pukull..tahh tak sure bermula pukul berapa
sebab ai rase...takde waktu yang tepat untuk ibu2 berpantang

seawal pagi..tak kisahlah nak pagi tu pukul berape huhu..
bergantung pada tahap kerajinan si ibu...tesebut
kalo malas cam puan nad ni tayah cte haha..
bukan malas mende..di sebabkan kepenatan,kengantukan((eh ade ke))
kesengalan..kihkih..dan tambah2 lagi bantuan babah adam takde..
ai jadi kehilangan tenaga untuk bangun seawal subuh..
kalo bgun pon untuk berbuat apekah hehe...bek tido
so ai terpaksa melipatgandakan tenaga ai yang ada untuk menjaga adam
dan berblogging sementara menunggu time adam untuk di susukan..

bangun2..susukan adam
bekpes..cr ubat,jamu then telan..dengan tanpa bnyak bunyi..
siapkan barang2 nak mandikan adam
((upss..bukan ai yang mandikan..pasal tak bani huhu))
adam akan di bereskan oleh mak nad hehe merangkap wan adam
pastu nad amik lulur sume pi masuk bilik air berejam2
lulur bagai nak rak..naik tertanggal kulit tapi still tak putih2
((kalo dah kulit manggis tu tayah berangan nak jadi putih huhu))
pastu siap2 kua bilik air...boh minyak2 kat badan.
dah terase diri ni cam org minyak..
tengok perut..haishhh menggelebeh tak hengat
((dalam otak ngah ligat pikir camne nak kasi seperti sediakala))
time ngandung makan tak hengat..tamo lak pikir kan haha
pastu tangan tengah dok boh krim kempiskan perut..
pakai bengkung dengan gigih...
dengan harapan yang tinggi ai boleh slim balik wahaha..

siap2 je..bagi susu kat adam...agak2 die dah tido lena
layan astro jap...dah kol 12 setengah gi lunch plak
wahh heaven rase tayah masak2 selama sebulan huhu..yes!!
((incik syafa mesti tengah windu dengan cekodok ai haha...))
menu takde yang sgt sedap..mengikut selera tekak ai
so..ai makan sket je la..lagipon da pakai bengkung...
ambil nasi sechoett je..dah kenyang..
tengok adam jap..masih di buai mimpi..
wahhh ade masa untuk berblogging2 ni..
boleh ai mengarut dalam blog huhu..
boring wehh mase berpantang
seb bek umah ai de tenet..siap wireless
leh ai ber tenet sampai lebam haha...

agak2 dah kol 3 mate dah ngantuk...
ni jap lagi nak bf adam..
pastu boleh tido..
kawan2 ai nak tido dulu huhu...
pasal malam kang ai kene masuk shift malam..
jadi mak guard n kawan borak2 adam...kalo takde sape nak borak ngan die
die tensen pastu mule la nak melalak...ai pun naik tensen gak pasal dah tatau nak buat ape
nak kasi die tido time malam...

tapi itulah org kate..time berpantang ni memang time berjaga malam...
seronok bergelar ibu ni..dan masa ni baru
kite lebih tau pengorbanan seorang ibu buat kita

tak ternilai dek ape pun...
sebab tu ape2pun kene kena dahulukan ibu kita dahulu sebelum yang lain2..
mak ai yang sgt gojes di kale itu huhu..
((budak kenit rambut sejemput tu ai la haha..))
skang pon mak ai still gojes lagi huhu...
i lebbiu mak :)

Khamis, 3 Disember 2009

Dugaan ini begitu kuat

kenapakah dugaan ini begitu kuat..
glup..glup ((menahan air liur))
rase menyampah tengok t.v
sket2 iklan die...tensen otak ai
mase ai ngandungkan adam tamo plak
nak promosi2..haishhh

agak2 korang la..org berpantang
leh tak makan burger prosperity..hahaha
bleh tak???

adesss...ini gamba kasi gua lagi lelehhh...
sgt menduga imann tekak ibu berpantang..

kalo kat bahau ni ade McD kan senang..
boleh suh delivery anto sampai depan muke pintu..ala2 iklan kan
tapi bahau..setakat KFC ngan Pizza..adehaii da muak k
((haha..sgt poyo))
mende lain takpe nak promote2..nak tayang2 depan muke ai ni
tapi kalo ini burger...lelehh air liur..

nota kaki : abg...nanti balik kampung singgah2 la McD senawang tuh...
ayang da tak larat nak layan iklan dalam tibi tu je
blehh ehh...belikann.plssss..kesian ayang :(

Rabu, 2 Disember 2009

growing up

ari sabtu sile dtg dengan cepat..plss
adam dah windu dengan babahnye.. hehe
up..up and away...
((mau fly ke bkt jalil))
dalam mimpi jer lah adam..
kite tunggu je la ari sabtu..yer syg :(

hari 1- 22
*adam dah pandai senyum bile di agah*
*di sebabkan die susah nak tido..terpaksa sumbatkann puting pellsuu*
((time nak tido je...time jage..cannot..nanti adam jd jongoshh..tu pon die pandai gak keluar2kan balik..tamo isap..tak ori agaknye..mau yang ori plsss heheh :P))
*pandai ajak org berborak...bahasa yang di gunekan..EH UH EH UH...
((Bukan UH AH UH AH seperti uncle PAAN..huhu))
*terpaksa top up susu formula sebab adam sangat kuat menyusu..sampai tak larat nak bagi*
((mak nad kate..budak ni nak makan nasi agaknye..baru kenyang..haha))
*adam dah boleh angkat2 kepala,kaki pon dah tegap kalo nad dirikan*
*hari ke-20 berat adam dah 4.0kg dr 3.17kg waktu di lahirkan ke muke bumi Allah S.W.T))
*taknak di bedung..ketika tengah berjaga*
*kalo kite tengah bercakap..pandang macam paham je*
*kalo dapat tido..bom meletop pon belum tentu bangun..kalo time siangla..kalo malam bunyi cicak pon jadi hal..rase nak pi jentik telinga cicak tu suh diam...haishhh tensen*
*pantang nad dekat...mulut die mule terbuka..nak menyusu...sampai mak nad kate..tinggalkan adam..dok jauh2,karang nak menyusu lagi..pastu overload muntah..*
*kalau babah ade nak tido atas riba babah...letak je merengek...ngade2 adam
((mama jeleshh :P..ni babah takde ok plak die))
*adam memang pandai buat mimik muke yang macam2*

makanan yang adam makan setakat ni

-kurma,gula batu
((mase mule2 lahir..nak elakkan kena jaundis..dan sunah nabi mase baby lahir calitkan sket kurma dekat lelangit))

-anggur hitam..ambil jus nye je
((ini kalo die tengok je..mulut dah siap bunyik2 lagi ngan muncung2 nak kan anggur tuh))
ni pon petua untuk hilangkan jaundis

-air kosong/jarang/suam
kalo bg air ni..die kurang minum,minum pon pastu die keluarkan balik..adam die selalu sedu2
so bagi la air ni je..di sebabkan die kenal tu air no flavour..nad kene nyusukan jugak nak kasi hilang sedu nya

-susu formula snow
ni kalo minum 1 auns tak kurang..semangat menyedut

-air susu cap gantung...mama adam brand's huhu
ini dr mule lahir sampai skang..nad pon nak bf adam sampai setaun dua kot..tengokla camne

rasenye setakat ni je la perkembangan budak adam ni
mama nye tak mo berkembang..huhu mau mengecil pula..tu pon tak mengecil2 lagi
di sebabkan adam menyusu tak boleh mengecil secara drastik..nanti adam tak cukup zat
yang di sedutnye dr nad nanti bukan zat sudahnye..toksin pasal mama nye sik fikir nak diet je kan..untuk langkah pengecilan badan..nad cume ambil nasi sket je..lauk banyak la
pagi dan malam tak penah skip...ok..untuk adam membesar dengan sihat hehe