Jumaat, 26 Februari 2010

Aqiqah juga sunah Rasulullah S.A.W

Salam Maulidur Rasul buat semua teman2 blogger yang di kasihi
apa kata kali ni kite berbicara tentang aqiqah menurut islam

1: Apakah itu aqiqah?

J: Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur). Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. Wallahuaklam

2: Bagaimanakah sejarah bermulanya ibadah aqiqah?

J: Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.

Menurut riwayat Ibnu Sakan pula, “Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah S.A.W. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

Apabila kita melihat penjelasan tentang sejarah ibadah aqiqah seperti di atas, tradisi aqiqah ini adalah suatu tradisi yang diterima oleh Islam dengan mengadakan pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Hikmah penyembelihan aqiqah itu diterima oleh Islam kerana aqiqah itu merupakan suatu upacara yang memperlihatkan kegembiraan, mensyukuri nikmat, serta merupakan suatu ibadah sosial. Wallahuaklam

3: Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?

J: Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat digalakkan di dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah S.W.T. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis:

“Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.” Wallahuaklam

4: Apakah hikmah melaksanakan ibadah aqiqah?

J: Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya: Pertama, aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T dari peringkat awal lagi. Kedua,sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas. Ketiga, sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki. Keempat, mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah. Kelima, untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat. Wallahuaklam

5: Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?

J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi. Wallahuaklam

tapi dalam keadaan zaman sekarang ni..rasenye tak sempat nak buat hari ke-7,sebab banyak adat2..dan budaya melayu sekali perlu di lakukan..

selepas cukur rambut adam tuhari..kami anggarkan dalam 1gm-2gm

sebab rambutnye kan tak berape nak ade..

so di nilaikan rambut dengan harga emas sekarang..then bagi kepada golongan yang layak menerimanya..

tu jugak antara sunah2 nabi taw...

Khamis, 25 Februari 2010

Kenduri Akikah Muhammad Adam Fariz

banyak sebenarnye yang berlaku dalam bulan februari ni
tapi taklah yang buruk..alhamdulillah semuanya ok2 je..
bulan februari ni jugak lah cukup setahun perkahwinan kami
wahhh..tak sangka sekejap je masa berlalu

jadi kami memang dah niat dari sejak adam dalam pewut lagi
akan buat kenduri akikah anak kami
waktu ulang tahun perkahwinan kami nanti

so alhamdulillah..semuanya di permudahkan oleh Allah S.W.T


malas nak cakap banyak..meh layan gamba heee :)




siap tertido2 anak mama..nak nunggu kepalanye di botakkan hehe






Selasa, 9 Februari 2010

Selasa, 2 Februari 2010

jalan..jalan


setelah di mandikan macam anak omputih..padahal tak berapa nak putih pun
adam sangat2 selesa...n feel cool..
mandi sambil kocak2 kaki..habis basah suar nad..
ini die belum leh berdiri sendiri ni..kalo dah leh berdiri sendiri
mau nad tak menang kaki tangan nak mandikan die hehe

after shower time.nad nak bawak die gi jalan2
gi umah sedare belah syafa..nak jemput dtg kenduri adam nanti
nak potong jambul adam yang tak berapa nak ade
ni selepas mandi dan di siapkan hehe..
body adam da tegap..tapi takdelah sampai boleh berdiri sendiri
itu mengarut namenye..adam baru je bape bulan
baru je 2-3month..so adam di dirikan oleh babahnye..

muke tak saba nak berjalan..dok dalam kete nak dok depan..tamo dok belakang
nak tengok jalan..memang bahaya kan
tapi tak tahan la denga die menjerit2 kat belakang
so bawak je la dok depan..
kalo bawak bejalan takde meragam pon...senyum je
tengok2 jalan dah penat baru tdo..

sampai umah pon da malam..
agaknye kepenatan..adam pon terus tdo hehe..
alhamdulillah....