apehal plak si nad ni menggelabah nak cite pasal hal2 cam gini kan
so selepas cite mengandung...cerita melahirkan
cerita berpantang,cite adam yang makin membeso..
kali ni nad nak berkongsi info tentang kesihatan plak
so skang ni..dah 65 hari nad dalam proses men 'slimkan badan..
mesti tertanya2 berapa berat terakhir nad sebelum melahirkan adam
ok..sambil tutup muke..berat nad 86.5kg..wahaha semangat (ye ke semangat..perkataan semangat tu hanya untuk baby seusia adam k...untuk nad..86.5kg tu dah kire gumok l)
tapi besela..org tak kisah sgt kite gemuk mase mengandung..
tapi after bb delivered macammane??
boleh ke nak suh doc tu sedut semua lemak2 tu sekali..
senang sekali jalan kan..lepas je besalin terus slim macam dulu
tapi nad pon bukan la slim sgt pon..chubby2 gak..berat dalam 55-56kg..
kalo dulu chubby2..sekarang apekah?? wahaha..
so time confinement nad jage makan betul2
takde nak makan lemak2 sgt pon
makan nasi cume sesenduk dengan lauk ikan tengiri masak singgang
sayur pon..sayur sawi rebus je..
so mase sebulan nad bawak adam pegi check up..berat nad mase tu 73.5kg
sekarang 65 hari berat nad dah 70.5kg..so sudah hilang 16kg lemak dari badan huhu
skang ni proses nak kurangkan lagi 14kg lemak2 di badanku ini
so baru bersauna kat umah 3 kali
bersauna ni bukan untuk pecahkan lemak je..
banyak jugak benefit2 yang lain
Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.
Keluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!
Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai
Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
| KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah.. Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain: 1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori 3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori. 4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori sebab..nad tak sempt nk buat sume tu..jadi bersauna adalah cara terbaik untuk bakar kalori dlm bdn dengan cepat |

3 ulasan:
akak..makan benda lemak2 la best...hik3
berat CC dah kurang 5kg.
skrg badan dah rs ringan.
lagi 9kg nak trn
pergh kak nad...
btl2 nekad nk kurus...
kalo ella belom tentu bole trun 16kilo...
naik 16kilo lg ada kot..
Catat Ulasan